Ternyata Kakek Habib Umar Bin Hafidz Yaman Lahir di Bondowoso

Ternyata Kakek Habib Umar Bin Hafidz Yaman Lahir di Bondowoso

Diposting pada

Ternyata Kakek Habib Umar Bin Hafidz Yaman Lahir di Bondowoso

“Habib Salim Bin Hafidz Bin Syaikh Abu Bakar bin Salim” Nasab Beliau رحمه الله‎ :

KLIK DISINI untuk mengirim WA (tanpa harus menyimpan nomor terlebih dahulu) ke Call Center NU Care LAZISNU DIY, untuk konsultasi/tanya-tanya.

Al-Habib Salim bin Hafidz bin ‘Abdullah bin Abi Bakar bin Aydrus bin Umar bin Aydrus bin Umar bin Abi Bakar bin Aydrus bin al-Hussin ibn al-Syaikh Abi Bakar bin Salim bin Abdullah bin Abdurrahman bin ‘Abdullah bin Abdurrahman al-Saqqaf bin Muhammad Maula al-Dawilah bin ‘Ali bin ‘Alawi bin al-Faqih al-Muqaddam Muhammad bin ‘Ali bin Muhammad Shahib al-Mirbath bin ‘Ali Khali’ Qasam bin ‘Alawi bin Muhammad bin ‘Alawi bin ‘Ubaidullah bin Ahmad al-Muhajir bin ‘Isa al-Rumi bin Muhammad al-Naqib bin ‘Ali al-Uraidhi bin Ja’far al-Shadiq bin Muhammad al-Baqir bin ‘Ali Zainal ‘Abidin bin Hussin al-Sibth putera kepada Sayyidina ‘Ali bin Abi Thalib dan Sayyidah Fathimah al-Zahra’ binti Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم

Habib Salim رحمه الله‎, adalah merupakan datuk kepada Guru Mulia al-Habib Umar bin Muhammad bin Salim bin Hafidz. Beliau lahir di Bondowoso, Pulau Jawa pada 25 Syawwal 1288 H bersamaan 6 Januari 1872 M. Kemudian Beliau dibawa ayahandanya balik ke Kota Misythah, Hadhramaut pada 15 Shafar 1297 H (27 Januari 1880 M). Ketika itu Beliau berusia kira-kira 8 tahun. Menerima didikan awal daripada ayahnya dan beberapa ulama di Kota Misythah antaranya dengan Mu’allim ‘Abud bin Sa’id BaSyu’aib dari kampung al-Suwairi رحمه الله‎ dan Mu’allim ‘Abdullah bin Hasan BaSyu’aib رحمه الله‎.

Pada 1304 H, Habib Salim رحمه الله‎ berangkat ke Kota Tarim al-Ghanna untuk menuntut ilmu. Di kota yang berkat ini, Beliau menimba pengetahuan agama daripada para ulama di sana antaranya Mu’allim ‘Abdullah bin Ahmad BaGharib رحمه الله‎, Habib ‘Abdur Rahman bin Muhammad al-Masyhur رحمه الله‎ dan lain-lain ulama.

Beliau mengerjakan haji pada tahun 1320 H (1903 M). Dan kesempatan ini juga beliau gunakan untuk bertemu dengan sejumlah ulama dan orang-orang sholeh untuk mengambil ilmu dan ijazah daripada mereka. Selain itu, Beliau turut mengadakan perjalanan bersama untuk mendalami ilmunya juga untuk menyebarkan ilmu dan dakwah ke Seiwun, Dau’an (1349 H), Al-Haramain (1355 H, & 1357 H), Zanzibar (1358 H), Mombasa (1358 H), India (1357 H) dan tidak ketinggalan tanah kelahirannya, Pulau Jawa (1356 H & 1357 H).

Baca Juga >  Dari Kakekku, Aku Belajar Nasionalisme

Di negeri-negeri yang dikunjunginya, Beliau tidak melepaskan peluang untuk mengadakan pertemuan dan menjalinkan hubungan dengan para ulama dan awliya’ yang menetap di sana. Hasil pertemuan dan hubungan ini, baik berupa wasiat, nasihat dan ijazah Beliau kumpulkan dalam satu catatan yang dinamakannya “Minhah al-Ilah fil ittishal bi ba’dhi awliya”, yang mana didalamnya tercatat sejumlah 149 orang ulama yang Beliau bertemu dan mengambil pelbagai sanad dari mereka. Didalam kitab tersebut juga Beliau bawakan sanad kitab Shohih al-Bukhari dan Shohih Muslim melalui jalur Sadah ‘Alawiyyah.

Habib Salim terkenal sebagai seorang ulama yang bersifat khumul yang tidak suka namanya dikenali orang. Apa yang penting baginya ialah keredhaan Allah SWT, dan bukannya penghargaan manusia. Di akhir usianya, sifat khumul ini semakin terlihat bila Beliau sentiasa berusaha
bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan dirinya dalam majlis-majlis umum dengan duduk di shaf yang paling belakang. Beginilah sikap Beliau sehingga beliau dipanggil pulang ke rahmatullah. Beliau mula mengalami sakit pada malam Sabtu 22 Rajab 1378 H dan wafat malam Sabtu 29 Rajab tahun 1378 H di Kota Misythoh dan dimakamkan disana. Walaupun Beliau tidak meninggalkan karya ilmiyyah yang banyak, tetapi perjuangannya diteruskan zuriatnya antaranya oleh anaknya Habib Muhammad bin Salim dan kini teruskan pula oleh cucu-cucunya Habib ‘Umar bin Muhammad dan Habib ‘Ali Masyhur bin Muhammad [ketua Majlis Fatwa Tarim].

Demikian Ternyata Kakek Habib Umar Bin Hafidz Yaman Lahir di Bondowoso. Semoga bermanfaat.