Golongan yang Rugi Tiap Kali Bertemu Ramadan

Golongan yang Rugi Tiap Kali Bertemu Ramadan

Golongan yang Rugi Tiap Kali Bertemu Ramadan.

Berikut ini adalah golongan-golongan yang rugi tiap kali bertemu bulan suci Ramadan.

Pertama, mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan “tetapi” membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu saja tanpa amal yang bermanfa’at.

Kedua, mereka yang menunggu-nunggu waktu berbuka puasa “tanpa” mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.

Ketiga, mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata “tanpa” beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

Keempat, mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan “tetapi” bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.

Kelima, mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang utk mempelajari “tetapi” membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

Keenam, mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama “tetapi” kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

Ketujuh, mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah “tetapi” tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

Kedelepan, mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa diqabulkan “tetapi” membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

Kesembilan, mereka yang bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan “tetapi” berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.

Kesepuluh, mereka yang sampai umurya ke penghujung Ramadhan “tetapi” tidak berusaha untuk memburu kebaikan malam AL QADAR.

“Betapa banyak orang yg berpuasa namun dia tidak mendapatkan apa-apa dari puasanya kecuali rasa lapar dan dahaga.” (HR Thabrani).

Selamat bermuhasabah diri dan saya (Musa Muhammad) memohon ribuan kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan yang dilakukan disedari atau tidak disedari.

يُولِجُ ٱلَّيْلَ فِى ٱلنَّهَارِ وَيُولِجُ ٱلنَّهَارَ فِى ٱلَّيْلِ ۚ وَهُوَ عَلِيمٌۢ بِذَاتِ ٱلصُّدُورِ

“Dialah yang memasukkan malam ke dalam siang dan memasukkan siang ke dalam malam. Dan Dia Maha Mengetahui segala isi hati.” (Qs Al Hadid:6).

Demikian tentang Golongan yang Rugi Tiap Kali Bertemu Ramadan, semoga bermanfaat dan memberikan pelajaran hidup bagi kita semua. Semoga semua hidup berkah dan sehat selalu.

Penulis: Musa Muhammad.

Pos terkait

Tinggalkan Balasan

Alamat email Anda tidak akan dipublikasikan. Ruas yang wajib ditandai *